Saturday, August 8, 2009

"Teacher, u look beautiful !"


Huhu..bermula lah identitiku sebagai teacher di sebuah tadika swasta..

Tadika tuh namanya, “ Nur Raudhah” tadika yg full English tetapi menjadikan agama sebagai teras.

Aku ditugaskan mengajar iqra’ dan mengajar kanak-kanak riang berumur 4 tahun dan 5 tahun.

Misi bermula!

Jam 7.45pagi aku akan bertolak menunggang motor kris tanpa lesen dari rumah ke Sura.

Sering melanggar lampu isyarat kerana sering terlewat, namun rekodku masih bersih setakat ini dari dicekup jpj..haha..

Mengajar kanak-kanak rebina yang sememangnya banyak kerenah memang penat, tapi seronok.

Ada yang bawa gulu-gula,coklat la..tak nak sharing ngan kengkawan lain tapi hanya nak bagi dekat teacher je sorang..(yang ni,part aku la yang best..)



Time zohor, mereka ni akan diajar solat berjemaah..

Tapi yang paling memenatkan..bila kanak-kanak ni asyik berebut nak jadi imam solat.
Dekat setengah jam, duk berebut je kerjanya..

Apa lagi, aku gunakan kuasa veto..untuk putuskan turn siapa yang akan jadi imam.

Sampai ada yang merajuk tak nak solat sebab tak dapat jd imam, hai terbalik betul la budak-budak ngan orang dewasa kan..
Orang dewasa berebut tolak-tolak tak nak jadi imam, tp lain plak cerita ngan budak-budak ni..

Ada tu, tak nak kawan ngan teacher..ngan aku lah tu..sebab tak bagi dia jadi imam.
Bila aku bagi alasan sebab dia pakai seluar pendek so tak cukup syarat untuk jadi imam..esoknya tiap-tiap hari dia pakai seluar panjang..sampaikan seluar tidur pon dipakainya..

Sampaikan mak dia mengadu perangai anaknya semakin pelik sejak akhir-akhir ni, seluar pendek yang digemari anaknya dah tak diusiknya lansung.

Betul la kan..melentur buluh biarlah dari rebungnya..kalau budak-budak ditarbiah dan diasuh dengan nilai agama sejak dari awal, Insya Allah mereka akan menjadi.

Balik kul 6.00 ptg, memang penatla..
Balik umah je, suara serak..apa taknya, asyik menjerit je ngan budak-budak ni..

Memanjat la, berebut toys la, mengejek kawan la..
Macam balai polis pon ade aku nih..ada je aduan yang dibuat setiap 5 minit oleh kanak-kanak rebina nih..

Tak cukup ngan tu, aduan yang lebih teruk..bila mereka bawak pada mak bapak depa plak..
Then,mak bapak lak datang bersemuka ngan aku..napa jd macam ni..macam tu..huh!
Sakit kepala dibuatnya, silap hari bulan masuk hospital bahagia pon boleh..

Tapi aku kerja sebulan je kat tadika ni, walaupun aku dah jatuh hati kat budak-budak ni..

Hari-hari kembang hidup aku dipuji depa yang memang cukup pakar dalam bab mengampu,
“Teacher, u look beautiful !”

Then hal paling utama nya bila mereka jadi semakin pandai..dan pandai..
Bukan dalam bab mengampu tp tang pelajaran la,
Menyebabkan rasa penat,lenguh layan kerenah mereka..tiba-tiba hilang macam tu je.

Gaji first selepas study aku memang tak banyak..400 ratus..sama taraf ngan gaji makcik2 cleaner kat kusza dulu..

Tapi punyala aku happy,bawak adik aku naik motor pi belanja makan kat luar..beli kek coz birthday dia time 2..
Belikan kuih kegemaran untuk aboh..boleh kata, hari-hari pi cari kuih yang Aboh suka..tengah byk duit la katakan..nak buat,bahan-bahan lg mahal..iye je kan,haha..

Kini, aku mempunyai persepsi yang berbeza pada mereka yang berhempas-pulas dan pusing menjawat jawatan sebagi guru tadika..
Bukan mudah untuk mengajar kanak-kanak yang asalnya tak reti pape..tambah plak dengan gaji yang tak seberapa..

Hai..pengorbanan guru memang teramat mulia!
Selesai episode bergelar guru tadika..click!!!
Thanx ye,Tuhan..






Selengkapnya...

Saturday, June 28, 2008

Di sebalik Nil,


Nil menangis lagi…
Di hujung hatinya ada barah yang sedang merebak...
M'jangkiti segala hidupan keikhlasan di dasarnya…

Nil berair tetapi hakikatnya kontang…
Ia masih tertunggu-tunggu damai yang sekian lama hilang…
Mungkin nil ini tidak akan pernah berpeluang,
Kerana hakikat dunia penuh kepalsuan,
Percuma dengan hanya janji-janji kesengsaraan…

Ya Allah!
Nil ini amat pedih…
Ia cuba merawat lukanya sendirian,
Namun tersilap tusuk makin dalam..
Nil jernih bertukar kemerahan,
Ia berbau dendam bercampur kekesalan…

Nil tak berteman…
Ia dikelilingi boneka dunia yang hanya tahu memperalatkan…
Sejarah nil dirundum malang…
Hanya Dia mengetahui realiti kejadian,
Nil yang amat kepenatan…

Nil tak bersuara,
Ia hanya tahu berkias…
Melalui alirannya yang kekadang berkocak,
Kekadang melalui riak tubuhnya yang cuba berbahasa dengan sang helang,
Atau sekawan burung yang sedang enak berterbangan…
Namun harapan nil tak kesampaian,
Kaku menyaksikan mereka pergi,
sejurus berhasil mendapatkan habuan…

Ketenangan raut nil disilap andaian,
Yang mengamatinya berasa ketenangan…
Yang melawatinya berasa kebahagiaan…
Tanpa turut sama berasa,
Hibanya nil dalam lautan kesedihan…

Nil tak ingin menangis lagi,
Tubuhnya kini sudah cukup basah dengan linangan air…

Dan cukuplah kini ia sedar,
Ada sepohon tamar yang sentiasa lebat bersama buah dan daunnya…
Yang tak pernah jemu berada di sisi nil,
Tertanam di birai muara hatinya…

Biarpun pohon tamar itu tidak bisa mengerti,
Akan tetapi nil tersebut amat terharu dengan kesetiaan si pohon…
Ia tak pernah menghilangkan diri,
Ia sentiasa terpacak akrab di sisi nil…

Nil ingin berterima kasih,
Buat si pohon tamar yang sentiasa ceria menenangkan hati…
Biarpun sekadar lambaian pelepah halus dan helaian daun,
Terima kasih..terima kasih..terima kasih,
biarpun tak mengerti…


Alex,
22 June 08,
1:15a.m..

Alex : Antara yang menarik kini, pokok di pinggir sungai nil..tamar besar2 berubah kepada smaller shrubs. Manakala air dan pokok memang ada kesinambungannya yg tersendiri, sebagaimana nama Nabi Musa a.s sendiri diberi keluarga Firaun. “Mu” bermakna air dan “sa” bermaksud pokok sempena tempat penemuannya di tepi Sungai Nil oleh Asiah.

Selengkapnya...

Monday, June 9, 2008

Tuhan............

Puji-Pujian BagiMu Tuhan..
Lantaran Telah Menjadikan Aku Seorang Perempuan,
Dicipta Dari Tulang Rusuk Kiri Adam..
Dengan Seindah KejadianMu,
Akulah Si Tulang Bengkok Yang Kau Gubah Dengan Kekuatan Perasaan,
Mengatasi Panjangnya Akal..
Sebagai Fitrah Dan Anugerah,
Hasil Doa Seorang Lelaki..
Namun Biarlah Kejadianku Memberi Guna Bengkok Yang Ada Manfaatnya..

Kiranya Aku Menjadi Isteri,
Kurniakanlah Aku Kekuatan Yang Membolehkan Aku Menjadi Tulang Belakang Seorang Suami..
Pengembang Perjuangan Di Sayap Kiri,
Di Adun Dengan Kelembutan Yang Melayakkan Aku Menjadi Teman Setia,
Penyejuk Mata,Pembina Semangat,
Penguat Jiwa..Seanggun Peribadi "Siti Khadijah"..
Sumber Ketenangan "Saidina Muhammad"Utusan Allah Dan Semangatnya..

Aku Impikan Watak Seorang Ibu,
Yang Bakal Melahirkan Putera-Puteri Secekal "Musaa'b Bin U'mair"..
Yang Menggadai Dunia Demi Kasih Tuhan,
Segigih "Zubair Ibnul Awwam" Yang Diangkat Oleh Rasul Sebagai 'Hawarijnya',
Hasil Didikan Ibunya..Setelah Melalui Zaman Anak-Anak Yang Yatim Dan Kekurangan..

Memiliki Puteri Setabah Dan Seteguh "Masyitah",
Rela Direbus Demi Mempertahankan Iman..
Atau Sesuci "Maryam" Yang Seluruh Hidupnya Mengabdikan Diri Kepada Allah..
Meskipun Aku Bukan Ibunya Yang Memiliki Peribadi Semurni "Siti Fatimah",
Dan "Ibnu Syeikh Abdul Kadir Jailani"..
Yang Tiap-Tiap Titik Darah Mampu Berzikir Kehadrat Ilahi..
Mudah -Mudahan Zuriatku Bakal Menampilkan Mujahid-Mujahid Yang Rindu Memburu Shahid..
Srikandi-Srikandi Yang Memakmurkan Muka Bumi Allah Dan Kesolehan,
Ramainya Umat Rasulullah Yang Rela Berkorban Dan Dikorbankan,
Buat Menyemarakkan Islam Di akhir Zaman..

Sepertimana Kisah Seorang Ibu Yang Telah Kematian Putera-Puteranya Di Medan Shahid:-

"Mereka Telah Berbahagia Sebagaimana Aku Bahagia",
Aduhai, Kiranya Aku Punya Anak Seorang Lagi,
Aku Rela Dia Turut Gugur Di Jalan Allah.

"Namun Jika Aku Kau Takdirkan Akan Kehilangan Mereka ,
Tetapkanlah Hatiku Setenang "Ummu Faisal"Yang Tidak Menjadikan Kematian Suami Dan Anak-Anaknya,
Halangan Untuk Membulatkan Kecintaan Buatmu Tuhan..
Redhalah Daku Yang Dhaif Ini Sebagai HambaMu,
Inilah Pengaduan Harap Dan Munajat..

Kiranya KekasihMu Sendiri Pernah Berucap :-

"Kulihat Kebanyakan Dari Isi Neraka Itu Adalah Wanita",
Tanda PetunjukMu..
Selangkah Yang Mengiringiku Ke Syurga,
Sederap Mencebur Aku Ke Neraka.. Selengkapnya...

Kisah dari seorang sahabat..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku menulis kisah ini.. agar menjadi teladan dan pengajaran buat saudara-saudara seislamku… InsyaAllah..
Kutulis kisah ini dengan niat yang ikhlas agar saudara-saudariku yang tidur terbangun dari lena dan kelalaikan yang panjang…

"Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang, ganjaran yang sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala), dan barangsiapa yang hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada niatnya itu."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Aku, Firdaus, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berada yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berada membuatkan aku sedikit lalai dalam hidupku. Banyak masa yang kuhabiskan untuk berhibur yang membuatkan aku lalai dari mengingatiNya. Ake bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh yg terkemuka di Malaysia. Dengan wajah kacak dan susuk tubuh yang gagah, hidupku tidak pernah kering dari menerima 'persahabatan' dari gadis-gadis seusiaku mahupun gadis-gadis yang lebih tua atau lebih muda dariku. Aku sering dihujani oleh surat-surat dari gadis-gadis yang ingin menjadikan aku abang atau adik angkat mereka. Aku menerima pelawaan mereka dengan penuh girang dan rasa seronok. Aku rasa amat bertuah kerana memiliki wajah yang kacak dan tampan. Dengan jawatan yang tinggi di sekolah iaitu sebagai Ketua Pengawas, dapat kurasakan bahawa aku memiliki segala-galanya di dunia ini. Aku mula rasa bongkak, aku mula merasakan akulah lelaki yang terbaik, aku adalah impian setiap wanita.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
Surah Luqman (Ayat 18)

Aku sering melanggar batas-batas syarakNya dalam 'bersahabat' dengan gadis-gadis. Setiap gadis akan kulayan dengan penuh 'gentleman' dan kelembutan. Kerelaanku melayani perminataan gadis-gadis membuatkan mereka makin berani mendekatiku lantas melanggar larangan Allah yang melarang kita menghampiri zina apatah lagi berzina. Aku suka melihat gadis-gadis itu berasa gembira apabila aku melayani mereka. Aku pula lupa tentang Allah apabila aku mengenangkan keletah gadis-gadis tersebut.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Surah An-Nur (Ayat 30)

Peribadi seorang wanita muslimah sejati yang sepatutnya menghiasi diri dan menjaga maruah gadis-gadis itu hilang dengan kata-kata manisku. Sifat malu yang sepatutnya menjadi hijab antara lelaki dan perempuan hilang sekelip mata. Aurat yang sepatutnya ditutup bagi menjadi pelindung kepada maruah diri dibuka dengan sewenang-wenangnya. Pakaian yang mendedahkan bentuk badan menjadi perhiasan sehari-hari. Suara yang sepatutnya disimpan untuk keperluan dan untuk mahram didedah dengan harapan agar aku tergoda kepada mereka. Di manakah maruah seorang muslimah yang menggelarkan diri mereka muslimah? Apakah erti muslimah? Seorang wanita beragama Islam. Apakah erti anda beragama Islam? Mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Adakah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan mendapat keredhaanNya? Tidak sama sekali.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang-orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kalu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang BERIMAN, supaya kamu berjaya."
Surah An-Nur (Ayat 31)

Tidak pernah aku menghampakan permintaan gadis-gadis untuk keluar bersamaku walaupun berdua-duaan, atau bergayut di telefon denganku berjam-jam lamanya, dan menaburkan kata-kata janji manis kepada mereka. Aku telah melalaikan gadis-gadis itu dan diriku sendiri. Aku melakukan segala-gala perkara yang dilarang oleh Allah. Aku hanyut. Pabila kulayan gadis-gadis itu, kupenuhi permintaan mereka, mereka menjadi lebih berminat kepadaku. Dengan kata-kata manja dan lunak suara yang merdu membuatkan aku hanyut dan tidak dapat khusyuk dalam solatku. Inginku bermuhasabah diri mencari ketenangan yang hilang sejak aku menjadi hamba kelalaianku sendiri tapi aku makin hanyut. Aku lemah dengan bisikan-bisikan syaitan yang mengajakku mendekati zina. Aku ingat akan hadis Nabi yang menyatakan bahawa fitnah paling besar kepada kaum lelaki adalah wanita. Aku tahu bahawa tidak sepatutnya aku bergaul mesra dengan mereka. Aku tahu aku tidak sepatutnya bergaul mesra dengan wanita tetapi aku tidak mengaplikasikan pengetahuanku. Hasilnya, hidayah Tuhan itu makin jauh dariku dari hari ke hari. Hatiku makin gelap. Aku hanya mempamerkan ke'aliman'ku padahal aku sebenarnya tidak begitu. Ya Allah, berpura-puranya aku.

"Engkau akan menemui seburuk-buruk manusia di sisi Allah nanti pada hari Qiamat, iaitu orang yang bermuka dua. Orang yang datang kepada satu golongan dengan satu wajah dan datang kepada golongan yang lain dengan wajah yang lain pula."
(HR. Muslim dan Abu Daud)

Setiap waktu, terbayang-bayang wajah mereka di mataku, dapat pula kubandingkan yang mana satu antara gadis-gadis itu yang lebih menawan dan mempesona. Aku hilang di balik igauan suara manis dan manja seorang gadis. Aku makin hanyut dalam hidupku sehinggalah aku ke menara gading.

Menemui alam universiti, aku makin lalai. Aku bertemu dengan seorang gadis ayu yang bernama Maisarah. Aku terpikat dengan kecantikan dan kelembutan Maisarah. Aku makin gembira apabila aku mengetahui Maisarah berada dalam kelas yang sama denganku. Dengan gaya sopan dan femininnya saja dapat membuatkan jantungku berdegup kencang. Sering kulemparkan pandangan menggoda kepadanya semata-mata untuk membuatkan dia terpikat hati kepadaku. Maisarah juga begitu. Sering memandang dan merenungku. Pandangannya yang tajam membuatkan hatiku menjadi tidak keruan.

Rasulullah bersabda kepada Saidina Ali:
"Ya Ali, janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua."
(HR. Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, dan Al Hakim)

Bahayanya pandangan mata menyebabkan Islam melarang lelaki dan perempuan dari saling memandang kerana dari pandangan mata maka hati akan berdetik memikirkan tentang orang yang memandang lalu melalaikan hati dari mengingatiNya dan membuatkan hati ini dinodai maksiat. Dari mata turun ke hati. Pandangan mata yang bernafsu adalah perkara yang telah melalaikan aku. Aku hanyut dalam pandangan dan cinta Maisarah.

Pada suatu hari aku memberanikan diri untuk menegurnya. Aku sedar bahawa Islam melarangku menghampiri zina dan dengan menghulurkan salam perkenalan atas dasar nafsu, aku sebenarnya telah menghampiri zina yang sesungguhnya dilarang keras oleh Allah dan Rasul-Nya. Namun, gelojak hatiku ini yang meronta-ronta ingin berkenalan dengannya membuatkan aku lalai dihanyut nafsu. Dengan wajahku yang menjadi kegilaan gadis-gadis, aku yakin bahawa Maisarah akan terpaut hati denganku. Dan lamaranku untuk bersahabat dengannya berbalas. Aku mula rapat dengan wanita yang merupakan bukan mahramku. Setiap hari, kami akan duduk bersama untuk berdiskusi tentang pelajaran di kelas, berdua-duaan makan bersama, bergurau-senda, dan keluar bersama. Terkadang, aku lalai apabila memandang Maisarah. Aku lupa kepada Penciptaku.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di suatu tempat dengan seorang wanita tanpa mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentu syaitan."
(HR. Imam Ahmad dr Jabir r.a.)

Maisarah melayanku dengan penuh manja dan lemah-lembut. Kami menjadi terlalu rapat. Aku sering menelefon Maisarah untuk berbincang tentang pelajaran tetapi lama kelamaan topik perbualan kami bertukar angin kepada perkara-perkara yang bukan-bukan dan melalaikan. Aku juga semakin berani untuk menelefonnya sehingga ke waktu larut malam. Sekali aku mendengar suaranya yang manja di telefon, terasa ingin selalu kumenelefon Maisarah. Aku ketagih untuk mendengar suaranya. Bisikan-bisikan syaitan yang semakin kuat membisikkan kepadaku agar aku sering menelefon Maisarah kuturut kerana hati ini telah kotor dengan maksiat-maksiat hati yang sering membayangkan tentang Maisarah.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Surah Al-Israa' (Ayat 32)

Hati seorang lelaki beriman dan berfikiran waras yang sepatutnya diisi dengan zikrullah bagi mejadi sumber kekuatan dalam berjihad dan sumber ketenangan di waktu kegelisahan telah kuisi dengan kata-kata Maisarah, bayangan wajahnya, lembut bicaranya, dan tidak kurang juga dengan bayangan dirinya. Ah, kotornya hati seorang lelaki yang tidak menjadikan Allah sebagai perkara paling utama dalam hidupnya dan tidak menjadikan sunnah Nabi sebagai amalan sehari-hari. Aku telah dilalaikan oleh wanita dan melalaikan wanita. Wanita yang telah Allah jadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok yang sepatutnya dipimpin oleh kaum lelaki kerana keluasan akalnya telah dilalaikan oleh aku yang sepatutnya mengajak manusia mendekati Tuhannya dan bukannya menjauhi rahmat Tuhannya.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
Surah Al-Baqarah (Ayat 42)

Aku sanggup menghabiskan duit beratus-ratus duit prepaidku semata-mata hendak menelefonnya dan bersms dengannya. Dia juga begitu. Kami bergurau-senda tanpa menjaga batasan-batasan syarak. Aku sering tergoda dan leka dengan kecantikan Maisarah, alunan suaranya yang lembut, dan pandangan matanya yang menggoda. Aku sering termimpi-mimpikan Maisarah tidak kira pada waktu siang atau malam. Aku menjadi tidak tentu arah. Mandi tak basah, tidur tak lena, solat tak khusyuk, hidup tak tenteram. Aku perlukan Maisarah. Dialah segala-galanya dalam hidupku. Tidak dapat kusangkal lagi bahawa aku telah jatuh cinta kepada Maisarah. Cinta yang tidak diredhai oleh Tuhanku.

Pada suatu hari, aku meluahkan perasaan cintaku kepada Maisarah. Dengan mudahnya dia menyatakan kepadaku bahawa dia telah mempunyai tunang di kampung. Alangkah hancurnya hatiku. Selama ini, dia yang aku bangga-banggakan, dia yang aku harapkan, dan banyak telah kukorbankan untuknya semata-mata bagi mengemis cinta seorang insan. Tidak kusangka, layanan mesranya selama ini hanya sebagai 'rakan.' Aku mula menjauhi Maisarah dan semua perempuan kerana aku amat kecewa dengan insan yang bernama wanita.

Perasaan dendam dan kecewaku akibat cinta itu lama-kelamaan hilang dengan zikrullah yang menjadi penenang jiwa. Aku mula mengasingkan diri dan mempelajari ilmu-ilmu agama bagi mengisi kekosongan jiwa. Aku mula sedar betapa sempitnya pemikiranku dahulu dan betapa jahilnya aku tentang agamaku sendiri. Aku mula sedar tentang erti pergaulan dalam Islam yang tidak menghalalkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Hanya perkara-perkara penting sahaja yang membolehkan komunikasi antara lelaki dan perempuan. Aku mula meluaskan pandangan mata hatiku yang sempit ini dengan mempelajari hukum-hukum Allah yang sepatutnya aku pelajari sejak dulu lagi. Dan kini kusedar bahawa cinta manusia itu tidak kekal dan cinta sejati itu hanya ada pada Rabbi. Aku kini sedar bahawa cinta sejati sesama manusia itu hanya layak merajai hati ini dengan lafaz nikah yang mulia.

"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah"
(HR. Ibnu Majah)
Alhamdulillah, janji Allah bahawa sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan terbukti. Dengan penolakan cinta Maisarah, hatiku telah terbuka untuk mendekati agamaku yang telah kuanuti sejak lahir namun tidak pernah kuselami dan kusentuh bagi menjadi wadi kalbuku.

"Inna ma'al 'usri yusra." (bahawa tiap-tiap kesusahan disertai kesenangan)
Surah Al-Insyirah (Ayat 6)

Dalam dunia hari ini, realiti persahabatan dan percintaan telah lari jauh dari kehendak dan pandangan Islam. Muda-mudi masa kini sering leka dan tidak sedar hakikat sebenar percintaan dalam Islam. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah perkara haram yang telah menjadi perkara normal maka telah mendapat status harus. Persahabatan yang terbina atas nilai ukhuwwah dalam Islam itu lebih baik dari persahabatan yang melanggar batas-batas hukum Allah. Ingatlah bahawa perkahwinan yang dibina tanpa mardhatillah itu sukar untuk memperoleh kebahagiaan. Dengan menjauhi zina, hati akan terpelihara dan maruah akan terjaga. Kini aku menjadi lebih tenang dengan hanya mengingati Tuhanku. Sesungguhnya bagi orang-orang yang memelihara maruah diri dan agama mereka telah Allah janjikan ganjaran yang besar dan sesungguhnya janji-janji Tuhan itu tidak lain adalah benar. Sesungguhnya, cinta Tuhan itu lebih baik dan mengatasi nilai cinta manusia.

"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina); Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."
Surah Al-Ahzab (Ayat 35)

Aku kini menjadi seorang yang lebih baik dari hari semalam dan dalam doaku setiap hari kuselitkan harapanku untuk bertemu dengan seorang wanita solehah yang bakal menjadi penghibur hatiku dan bidadariku di dunia ini serta melahirkan zuriat yang soleh dan solehah untukku. Amin.

Ya Allah,
Kau ampunkanlah segala dosaku kepadamu,
Kau dekatkanlah hati ini kepadamu,
Kau kurniakanlah cahaya rahmat dan hidayahmu kepada hati ini,
Kau temukanlah aku dengan seorang wanita solehah yang dapat memberi ketenangan kepada kepada hati ini dan melahirkan zuriat soleh dan solehah yang bakal berjihad di jalanMu,
Kau jauhkan aku dari maksiat hati Ya Allah,
Kau jauhkan aku dari fitnah wanita Ya Allah,
Kau jauhkan aku dari sifat lalai dari mengingatiMu,
Kau tenangkanlah hatiku ini,
Semoga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dan redha atas segala ketentuanMu…
Amin ya Rabbal 'Alamin…
Selengkapnya...

Cinta oh cinta..

Cinta Remaja Dakwah?

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan.

Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah".



Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu.

Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini..

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah... Salah Faham Ukhuwwah fillah Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini. Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup.

Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan. Wallahu'alam..
Selengkapnya...

keluhan hamba...

Ya Allah…!
Di pesisir angin yang menyapa
Aku terhidu bau harum…
Itulah harapanku kepadaMu
Agar Engkau mengutip CINTAku
Yang pernah berselerakan debu.

Ya Allah…!
Daku tetap menantiMu di setiap kali
Angin menyapa jasadku…
Daku tetap menyintaiMu
Meski berulang kali telah kumungkiri…
Daku masih mencintaiMu
Dan aku mahu terus begitu…

Ya Allah…!
Meski fajar terbenam…
Meski rembulan sembunyi di balik awan
Meski senja tiada lagi warna jingga…
Aku masih ingin mencintaiMu…
Meski CINTA itu sungguh payah kumiliki…
Meski CINTA itu sungguh payah
Untuk kuselitkan ke dalam hati…

Dan..
Daku pasti
Dengan rahmat dan kasih sayangMu…
Daku tetap akan menanti
Meski waktu itu, separuh nyawaku telah
Engkau pisahkan dari jasadku…
Dan semoga CINTA ini
Akan menjadi saksi bahawa
Aku tidak mahu pulang
Tanpa CINTAku kepadaMu
Ya Tuhanku…!
~Maafkanlah Aku…

“Kalau setiap saat kau ingatkan Allah dan setiap saat itu juga daku teringatkan Allah.. bermakna waktu itu hati kita telah menjadi satu kerana mencintaiNya Yang Satu, di situlah selayaknya kita bertemu!”
Namun sebagai hamba yang percayakan Allah, juga sedar bahwa hidup ini bukan hanya untuk bercinta, bukan hanya untuk berhiba kecewa. Ada lagi tanggunggjawab yang lebih besar daripada itu yang perlu kita laksanakan.
Cinta itu bukan hanya satu keindahan yang bersatu di dunia semata. Ada lagi tempat yang lebih indah untuk dituju.“Aku takkan mencari lelaki aku cintai,aku juga takkan mencari lelaki yang mencintai aku, tetapi aku mahu mencari lelaki yang mencintai Allah, sehingga senang untukku mentaatiNya…”-ukht alex-
Selengkapnya...